Tuesday, 27 August 2013

The Conjuring



Assalamualaikum semua .
Amacam hari korang ?
Hari eyra teruk weyhhhh -..-

Setelah hampir sebulan tak jumpa buah hati pengarang jantung ,
akhirnya dapat juga bersua muka tadi .
Terlepas sikit rindu dihati . Sikit je ! Tak cukup :'p
HAHAHA .
Kitaorang tengok movie tadi kat Times Square
Cerita hantu . Cerita nie memang eyra minta nak tengok pun
sebelum dikeluarkan lagi sbb tengok iklan dia
macam gempak je kan .
Baru hari nie dapat tengok .



Movie nie berdasarkan kisah benar .
Sumpah menyeramkan weyhhh !
Scene-scene dia memang gempak lahh .
Tak ada yang tak menakutkan .
Takut dia tuu pulak bukan takut-takut biasa -,-"

Tengok pun macam hidup segan mati tak mau je .
HAHAHAHA .
Tinjau-tinjau ikut celah jari je kan .



Elehh ~
Korang pun mesti dua kali lima jugaaaaakkkk :p
Laki eyra lagi lahh -,-"
Mengalahkan eyra takutnya . Sengal betul .

Cerita nie mengisahkan sebuah family yang baru berpindah
ke kawasan pendalaman . Kira macam kampung yang memang kampung lahh kan .
Ada 5 beradik . Perempuan je semuanya .
Diaorang ada satu permainan yang diberi nama
" Hide and clap "
Eyra tak tau kenapa . Permainan tuu memang menakutkan .
* Aku tak tau lahh mana diaorang
dapat idea nak main macam tuu *

Rumah tuu ,orang melayu cakap apa ? Berpuaka ?
Haahh ! tempat tuu kira macam dahh dikunci lahh
oleh pemilik asal . Ada satu kes ,mak dia bunuh anak dia sendiri .
Lepas tuu gantung kan diri kat pokok besar
depan rumah diaorang .



Macam macam kejadian pelik berlaku sejak diaorang pindah situ .
Anjing diaorang tak nak masuk rumah .
Ada bau bau anih dalam rumah .
Ada burung langgar rumah tuu sampai terkulai leher .
Ada salah seorang anak dia berjalan waktu tidur ,
lepas tuu hantuk-hantuk kepala kat almari yang
memang dah ada kat rumah tuu .
Dan yang paling gempak sekali ,
masa salah seorang anak dia yang lain
( selain yang berjalan waktu tidur tuu )
kena tarik kaki waktu tengah tidur .
Mula mula dia ingad kakak dia yang bergurau dgn dia .
Herhh .

Anak bongsu dia kecik lagi .
Haihh biasa lahh budak kecik ,ada 'kawan' yang kita tak nampak .
Budak tuu pun menakutkan jugak tuu -..-

Ada part yang memang eyra terkejut gila-gila punya .
Bukan beruk lagi dahh -..-"

Part yang kakak dia nak pergi check almari tuu
sbb dengar ada orang clap dari dalam .
Punya lahh suspend sebab memang kita akan
sangka 'benda' tuu dalam almari .
Tapi sebenarnya tidak !
'Dia' kat atas almari .
Menjerit kakak dia tuu dengan aku-aku sekali -,-"



Laki eyra tak payah cerita lahh kan .
Dia kalau boleh nak duduk terus bawah kerusi dalam wayang tuu .
Itu pun kalau dia berani . HAHAHAHA .

Haihh ,kesian kat mak dgn ayah diaorang lahh .
Mak dia kena rasuk untuk bunuh anak sendiri .
Padahal dia tak sanggup . Sedih weyhh .
Eyra menangis kodd part tuu .

Ayah dia pun eyra kesian jugak .
Yelahh ,terpaksa hadapi semua nie .
Ayah dia tak kena kacau ! Yang perempuan-perempuan
nie yang kena kacau .
Ayah dia nampak relax je ,tapi korang tak tau apa yang dia hadapi .
Sampai part yang bini dia kena rasuk gila-gila tuu
baru nampak air mata dia . Tuu pun dia
macam nak cover lagi tau . Haha ,so father :')

Ada couple yang memang tukang menghalau-halau
hantu nie tolong diaorang . Laki dia handsome bhaii ! :p



* But still ,tak boleh kalahkan handsomenya laki aku :p Ehh *
Bini dia pulak memang berani ! Me-mang berani .
Berani berdepan hantu tuu .
Berani ambil risiko .
Tabik lahh ! Kalau eyra ,uishhh !
Jauh sekali .

Ehh okay lahh . Kalau eyra cerita semua
memang orang tak tengok lahh cerita tuu kat wayang kan :p
HAHAHA . Bagi siapa yang dah tengok tuu ,
Eyra faham rasa takut korang -,-"

Jom! Kita main hide and clap :p
HAHAHAHA ! Korang yang cari .
Biar eyra menyorok .

Ouhh btw ! I Love You Farazi .
Thanks for today .

P/s : Ada part happy .
Ada part takut .
Ada part sedih .
Ada part kelakar jugak tau ;)
Lengkap !

Part kelakar dia yang polis tuu ! :p
Polis mana ?
Nak tau ,tengok sendiri .
Lalalalala~ HAHA .

Bye :)

Monday, 26 August 2013

Tak puas hati !



Hai korang ,
Bukan nak cakap apa lah . Tengah penad nie woii .
Turun naik tingkat 4 semata mata nak mengangkut air
dari lori syabas kat bawah -..-"
Mesti korang tak faham kan ?
*Mesti lahh -,-' *


Korang tau kan eyra study mana sekarang .
Kolej Poly-Tech Mara ,Kuala Lumpur



Jangan salah faham . Kolej dia okayy what .
Apa yang eyra tak puas hati nie adalah asrama yang dia bagi !

Dulu time mula-mula nak masuk dulu
kemain manis lagi 'budi bicara' ,macam-macam janji ditaburkan .
Sekarang ? Hampeeehhh~ Apa pun tarak !

Korang tau kemudahan asas macam air tuu boleh
selalu tak ada kat sini !
Kitaorang student weyhh ,nak kena pergi class .
Sebelum pergi class nak kena mandi dulu .
Kangg tak mandi ,tak ada mood nak focus .
Kalau tak datang class langsung kangg lagi satu hal kan .

Sabar jelaa aku -,-"
Memang lahh ,apa orang kata .
" Nak seribu daya ,tak nak seribu dalih "
Tapi fikir lah balik ,kitaorang duduk asrama
bukan free-free je . Bayar beb ,kitaorang bayar .
Tak patut lah macam nie kan .

Kalau sekali dua berlaku boleh dimaaf
dan difahamkan lagi .
Ini dah selalu ! Kerap pulak tuu .
Macam mana ? Lagi-lagi dengan masalah perempuan
yang tengah datang bulan tuu . Susah weyhh .

Nie tadi tengah syok-syok study untuk midterm esok .
Dengar kecoh-kecoh kat bawah .
Bila tengooookkk dari berandah tuu .
Haaaaahh kaauu !


Macam pendatang asing dahh !
Berebut ambil air dari lori syabas .
Emm dah tahu tuu ,eyra dengan housemate eyra pun
bergegaslah turun dengan botol
airnya ,dengan baldi mandinya turun bawah ambil air .

Baru-baru nie dengar cerita .
Kitaorang yang semester 1 nie kena keluar
cari rumah sewa kat luar . Kenapa ?
Sebab senior nak masuk dahh .
Wahh senang kau cakap kan . Apa cerita kontrak
asrama yang kata semester 1 akan menetap kat sini sampai semester 2 tuu ?
Kemon laaahhh .

Tengah-tengah struggling pasal Midterm nie
laa macam-macam hal nak jadi .
Dengan air tak ada . Satu hal lagi nak kena cari rumah sewa .
Haaiihhh ,payah lahh .

Okayy lah . Nak rehat nie .
Penat mengangkut baldi air sampai tingkat 4 tadi .
Rasa macam nak patah tulang belakang .
Masya-Allah beratnya baldi tuu tadi -,-"

zZzZZzzZzzZ ....

P/s : Ada kebaikan nya jugak jadi macam nie .
Kita belajar rasa susah .
Sebelum nie semua mama dengan ayah yang uruskan kan .
* Think positive *

Sunday, 25 August 2013

First follower ever !


Hai hayai yai hoo ooo ooo!!
* Nampak tak macam mana punya happy nya eyra *
Eyra dah ada one follower !! :D
Yeaaayyy !!
* Lompat lompat *

ThankYou Puteri piano yang cumil cumil sbb jadi first follower eyra .
Membara semangat eyra nak teruskan
penulisan blog nie tau .
HAHAHA .
Happy and excited nya ,terus update post nie .
Haaa ,korang tak tau macam mana
punya semangatnya eyra
menari gembira sorang-sorang dalam bilik nie tadi -..-

Eyra dah singgah blog puteri sebelum nie .
Dahh follow pun ;)
http://puteripiano.blogspot.com/

Ohsemm sangat blog dia .
Dengki weyhhhh ! tengok blog si puteri nie sbb dia kreaaaaatifff sangaaaattt !!
Eyra tak pandai nak kreatif-kreatif nie .
Al-maklum lah orang kampungg -,-"
* Ehh *
Ingad nak mintak sikit tunjuk ajar dari mereka-mereka
yang kreatif dalam pembuatan blog nie
termasuk lahh puteri .
* Begging * Teach me pleaaseee .

Ouhh ! Btw .
Puteri ada comment blog eyra simple ,
well itu lah EyraJamal nama nyaa :p
HAHAHA . Eyra suka yang simple-simple ,happy-happy nie kan .
Baru lah orang kata apa tuu ,"Muda remaja" ?
Hehehehe :p

ThankYou again puteri :) Teruskan membaca entry entry eyra nie tau .
Jasamu akan ku kenang .
Harap-harap lepas nie akan ada lagi ramai follower ,
so tak ada lah eyra macam cakap sorang-sorang kan .
HAHAHA .



Okayy bye . Assalamualaikum .

Skodeng skodeng


Assalamualaikum semua .
Nak kongsi cerita nie .

Cerita dia bermula macam nie .
Eyra baru lagi dalam 'bidang' menulis blog .
So tak ada followers langsung .
* Kesian aku -..-" *
Nak cari followers punya pasal supaya tidak tersia-sia masa yang eyra bazirkan untuk
merepek kat blog nie ,eyra pun usyar-usyar lah
blog-blog
orang nie .
Terpegun! ramai jugak yang kreatif kat Malaysia nie . Huhuhu .
Bagus bagus :p

Sampai satu seru ,eyra tersinggah satu blog nie .
Baaaiiikk punyaaa !!
http://www.nisakay.com/

Nisa Kay


Kreatif gilla kodd dia nie :) Eyra suka !
Dah skodeng-skodeng blog dia ,eyra pun sepantas nya follow blog dia .
HAHAHA dan tiba tiba jadi sangat sangat sangat excited macam dia mula mula dulu jugak .

Berdasar kan tagline dia pun yang suka menaip tuu ,
eyra tengok memaaaaaaaanngg banyak yang dia post .
Dalam satu bulan tuu beratus-ratus !
Pandai dia cari masa -,-
Rajin . Kreatif . Banyak cakap mungkin orangnya nie :p
HAHAHA . Nak cari lahh dia .

Dress-up dress-up dia semua pun perrgghh !
Macam apa orang sekarang panggil tuu ?
Retis ? :p HAHA . Tak tahu ehh ?
Retis tuu artis laaa !

Cuba korang skodeng sendiri . Korang pun mesti macam " A'ahh arhh ! "
Macam mana eyra boleh terdengar seruan untuk skodeng blog dia nie .
Semua sebab eyra update post eyra yang pasal handbags tuu lahh .
Gambar-gambar yang post dalam nie semua kebanyakan nya dari google .

Eyra nak search someone yang pakai baju kurung sambil pegang handbags .
Tengah tengah search tuu 'hidung terbau' gambar
si Nisa Kay nie .
Comel je orang nya . Sekali pandang ingad
Najwa Latiff
tadi .
Rupanya dia . Smart lahh dia ,boleh jadi role model :p

Macam dia ,suka menaip tapi eyra suka merepek .
Haaaa daripada eyra merepek-repek kat orang yang belum tentu ikhlas nak dengar .
Baik eyra create satu blog kan ;)

Eyra pernah buat satu blog jugak sebelum nie ,
cuma masa tuu belum mahir lagi . Pendek kata ,buta IT lahh .
Memang tak tahu apa apa langsung !
Sekarang nie Alhamdulillah ,tahu lahh sikit sikit
,tak banyak punggg .

Okayy lahh . Eyra nak cerita tuu je . HAHAHA .
Banyak lagi post Nisa Kay nie yang eyra tak baca lagi .
Chaaww ! Bye .

P/s : Ehh korang pun meyhh lahh join baca sekali ;)
Mana tahu dapat ilham ke kan .

Passion for fashionable - Part 2 : Handbags




Tak jawab dosaaaaa :p

Apa khabar mu ?
Huhuhu ^^

Amacam post eyra yang pasal kasut tuu ?
Boleh tahan tak ?
Okayy laahh ,kali nie kita sambung pasal handbags .
Suka tak ? suka tak ? :p
Heeeee~





Handbags nie macam kasut jugak . Ada baaaaaanyaaakk jenis .
Dan tak boleh nak padan kan suka suka je .
Ada caranya . Baanyaaakk caranya .
Nak tau ?
Meyhh eyra kongsikan sedikit :)



1. Handbags yang beropol




Dengar beropol ropol pun kita dah dapat bayangkan ke-sakai-an nya .
Apa tah lagi memandang nya pun aduyy ter :p
HAHAHAHA .

Korang tengok cantik ke ? Tak kan ?
Handbag beropol ropol nie tak sesuai dan nampak sangat tidak kemas .
Tahh apa apa tahh -,-"

Bagi yang berbadan besar korang tak patut pakai
handbags yang macam ini sbb ia akan buat korang nampak
macam tak terurus . Serabut !
So better DON'T !



2. Handbags kecil yang
bertali pendek




Style handbags yang kepit kepit kat ketiak nie
dah berlalu dahh zaman dia .
Apa je yang korang boleh simpan kat dalam tuu ?
Dengan iPad nya lagi ,make-up ,tisu ,purse semua ,
Semua tuu nak kena sumbat dalam handbags kan .

Tapi kalau korang nak gaya kan handbags yang jenis macam nie ,
Boleh je . Tapi tolong laa jangan kepit kat ketiak -,-"
Kelakar kodd !




Nak pun korang kena gayakan macam nie .
Pegang
dia . Baru comel :)



3. Handbags kecil yang
bertali panjang




Handbags yang jenis nie much better lah sikit dari yang atas tadi .
Sebab tali dia panjang kan ,so tak ada lah kepit kat ketiak .
Cuma tuu laa ,function dia sama jugak ,
tak boleh simpan banyak barang atau pun barang yang besar besar .
Sekarang nie handphone pun dah macam iPad ,
apatah lagi iPad . Macam tv mungkin ? :p
HAHAHAHAHA .

Handbags yang jenis macam nie untuk orang orang yang pergi pejabat
sesuai lahh kodd . Nampak cantik dan profesional sikit .



4. Handbags besar yang
bertali pendek



Yang macam nie eyra suka ! :)
Suka bawak pergi class lahh . Boleh simpan buku .
HAHA .




Nak bawak berjalan pun okayy .
Cuma eyra tak ada iPad 'TV' tuu :p
HAHAHAHA .
Tapi korang beragak jugak tau . Janganlah besar sangat handbag nya .
Kang orang ingad kita nak balik kampung pulak -,-"





5. Handbags besar yang
bertali panjang




Untuk orang yang bertubuh berisi sesuai pakai bag macam nie .
Nampak balance dan smart ;)
Tapi kalau dah badan kau macam batang pinang tuu ,
Kau lupakan jelahh angan angan mu itu
sbb nanti nampak macam budak darjah satu bawak beg roda
pergi sekolah . Ehh :/


Budak kecik bawak nampak comel je .
Tapi kalau korang yang cikeding yang bawak beg besar tuu ,
memang geleng kepala lahh jawab nya :p
Dah tuu sereeeeettt je tanpa roda .
HAHAHAHAHA !
DON'T! okaayy . Tak mau ,tak mau .



6.  Clutch



Cantik ,kecil dan mudah dibawa .
Sesuai sangat untuk dibawa ke event event dan dipadankan
dengan dress yang perghh ! :p

Haaa! clutch nie ye sesuai untuk kepit kepit kat ketiak .
Tapi orang jarang buat jugak . Orang pegang je .



Pilih yang blingg blingg macam nie lagi cantik :)
Clutch nie sesuai untuk majlis majlis dinner atau pun prom .





7. Handbags yang sederhana besar

Handbag yang jenis ini sesuai untuk semua bentuk tubuh .
Sesuai untuk bawak berjalan .



Simple dan cantik kan . Korang boleh padankan bag nie
dengan baju kurung what ;)
Tak terlalu besar . Tak terlalu kecil .
Tak payah kepit kat ketiak .



Cantik kan ? :)
p/s : Nisa Kay ,eyra pinjam gambar tau .


Kalau nak yang tak payah pegang kat tangan pun ada .
Sangkut kat bahu je kan . Tali tak terlalu pendek .
Kalau nak pegang boleh ,nak sangkut kat bahu pun boleh .


Sesuai untuk remaja sekarang yang suka kan style :)
Boleh padankan dengan kemeja blouse ke dress labuh ke .
Macam macam lahh . Nak tengok contoh yang bagus ?
Nie diaaa !!








Ehh ! Terselit pulak gambar eyra sendiri :p
HAHAHAHA .
Tak cantik pun ,tapi boleh jadi contoh lah kan .
Ouhh ,itu ayah tau ;) Hihihi .

P/s : Maaf atas kualiti gambar yang tah apa apa .


Okayy lahh . Sekian untuk kali ini .
Boboboyyy .

Saturday, 24 August 2013

Passion for fashionable - Part 1 : High heels


                  

Assalamualaikum ,

             Hi beauty ,gorgeous ,cutie ,pretty :)
how's your day ? Berjalan dengan lancar tak ? Hehehe ..

Okayy ,
             Siapa kat sini yang gila kan fashion ? Angkat tangaaaaann !! :p
HAHAHAHA . Well ,tak salah nak ber-fashion pun tapi biar kena pada tempat ,masa malah cara ber-fashion . Jangan ikut selera mata kita je . Orang lain pun memandang jugak . Engkau nak kena kutuk belakang belakang ? Hahh ! Nasib baik belakang ,kalau depan ? Tak ke naya nama nya .

Haaaaa ,
          so this time kita discuss ,story story ,merepek merepek about fashion je nak ? :p
Girls ,come on . I know you like fashion ,kan ? :D HAHA . Girls love fashion . Girls love shopping . Girls love high heels ,Girls love beauty . Semuaaaaa girls je .


            

Tak jugaaakk . Boys pun ada yang gila fashion what . Smart smart je kan . Lagi lagi sekarang tengah trend hipster :p Ajet ajet korean je kan . Girls yang memandang pun melting je . HAHAHA ,but not me ! Errr ...

Untuk muslimah yang bertudung pun ada fashion nya jugak . Tak kan kita nak pakai jubah hitaaaaamm je sepanjang masa kan . Ber-fashion lah ,tak ada salah nya pun . Asalkan menutup aurat ,tidak terlalu menonjol dan sebagai nya . Sebagai contoh :


               





Bagi pencinta kasut ,high heels ,flat shoes dan sebagainya ,
Korang jangan nak matching kan kasut dgn dress-up korang suka suka je !
Kangg ada yang kena 'sakai' dengan public kang baru padan dengan muka tuu .

The important thing is ikut kemampuan badan korang ,
ikut situation ,event or whatever lah kan .
Tak kan nak pergi pasar pun nak pakai stiletto ,ada yang kena baling ikan kang :D
Hahahaha !

Eyra pun bukan lah pandai sangat pasal fashion .
Tapi ada lah sikit 'tips tips' tak guna dalam kepala nie .
So nak share kan sikit kat korang ,bolehh ? :p


Based on event and condition badan korang .

1 . Nak ber-shopping / Berjalan lama .
Untuk situasi macam nie ,eyra rasa better korang pakai flat shoes (kasut yang bertapak leper) je .
Flat shoes nie sesuai untuk pelbagai jenis outfite .


Mudah ,simple ,look nice
too . Ringan dan tak menyakitkan kaki korang .


Bagi yang teen teen tuu ,nak nampak funky pilih lah yang mcm nie :)
Bagi yang jenis suka nak berkasut jugak ,sarung tuu yang jenis litup tuu
yang macam kat bawah nie cantik kan ? :p



Sempoi je :p colourful pulak tuu .


2. Ke majlis perkahwinan / open house .
Untuk situasi yang macam nie pencinta high heels yg macam eyra boleh lah action ! :p
HAHAHAHA .

Waktu waktu macam nie lah kita nak jadi 'Datin' kan :p
Tapi caution untuk mereka yang berbadan gempal atau berisi berisi tuu .
Korang kalau nak pakai high heels eyra cadang kan korang pakai high heels
yang tapaknya tebal tuu atau lebih dikenali dengan nama wedges .
Nie contohnya :


Tapi beragak jugak ,jangan lah korang pergi pilih wedges yang sampai 7 ,8 inci tuu .
Kalau terpeletok macam mana ? Tak ke malu weyhh !

Macam nie kurang sikit risiko nak tergolek golek tuu kan .

Pada eyra sendiri lah ,kalau open house tuu korang nak pakai high heels ,jangan pilih yang
bertali pinggang tuu . Susah bhaii ! Leceh !



Singgah satu rumah nak kena buka tali pinggang nya .
Kalau kenduri kawin tak apa ,sbb korang tak kena bukak kasut kan
kalau nak masuk dewan .

So ,eyra selalu beli yang berzip punya .
Zip senang sikit berbanding tali pinggang tuu .
Zzzzzaaaapp ! je :p


Kalau nak yang laaagi senang ,pilih yang sarung je tuu .
Haaaa yang ssssaaaapp! je :D
HAHAHAHA .
Tadi zzaaapp! kan ,nie yang ssssaapp! pulak .



Eyra tak cadangkan korang pakai stiletto .
Stiletto memang cantik ! Me-mang cantik .


Tapi sakit lah . Dengan tumit dia yang tinggi dan haluuusss tuu .
Dengan muncung tajam kat depan tuu . Herhh .
Kalau terbenam dalam tanah ke ,
tak pun tertikam orang depan ke ,
tak ke kes mahkamah namanya tuu .
Untuk yang bertubuh rendah dan langsing ,
korang nak pakai ,pakai lahh sebab korang ringaaaann .
Untung laa kaaaaaann -..-"

3. Aktiviti aktiviti aktif ! :D
Kalau yang macam nie ,tak yah bagi tau pun korang tau kan .
Aktif ,tak kan nak pakai high heels kot minah oii !!
Mesti lah pakai sneakers .
Tapi yang pakai sneakers nie tak semestinya yang aktif .
Kadang kadang ada yang ikut mood fashion dia .
Ada yang jenis boyish sikit tuu .
Macam macam lahh .


Mesti korang bayangkan sneakers yang macam nie kan :p
Eleehh ,tau daaaaa . Korang memaaaanngg !
Sneakers ada banyak jenis ,banyak trend sayaaaaannggg .

Yang ini pun sneakers jugak nama nyaaa :)
Smart kan ?
Sneakers macam nie ,sesuai untuk mereka mereka yang memakai seluar pendek
atau lebih dikenali sebagai short pants ,Skirt ,skinny jeans dan yang sama waktu dengan nya .


sbb nak nampak kan ketinggian kat bahagian buku lali kasut tuu .


Yang ini pulak contoh contoh  heels sneaker .
Heels sneaker nie sesuai untuk outfits yang macam nie .
Means ,jeans and long sleeve t shirt .




Kalau eyra ,eyra lagi suka wedges sneakers ;)

Sebab ia nampak cool !
High fashion . Smart . Gorgeous .
And sesuai untuk macam macam outfit .
Nak tengok contoh ? :p
Naaaahh !!


HAHAHAHA ! xD
Amacam ? Boleh beli satu untuk eyra tak ?


Haaaiiihhhh~
Baru cerita pasal kasut ,dahh menjela .
Belum masuk pasal handbags ,
Baju , Tudung/shawl ,
Accessories lagi .

Haaaihh perempuan perempuan~
*Geleng kepala*

Banyaaakk lagi pasal shoes nie ye tuan tuan dan puan puan .
Tapi orang yang cetek ilmu fashion macam eyra nie
tak pandai lah nak cerita kan semua kat korang .
Kangg salah kangg kena bash pulak kan -,-"

Okayy lahh ,next time kita cerita pasal handbags
pulak eyhh :p Sorry lahh ,pasal bahasa campuran eyra
yang tahh apa apa nie . Tak pun pasal benda benda yang eyra repek kan tuu .
Korang kalau suka FOLLOW lah eyra ,
Tak suka COMMENT .
Lain kali eyra boleh perbaiki silap eyra dalam 'merapu'kan blog nie .


Chaaww ! :)
Assalamualaikum .