Monday, 26 August 2013

Tak puas hati !



Hai korang ,
Bukan nak cakap apa lah . Tengah penad nie woii .
Turun naik tingkat 4 semata mata nak mengangkut air
dari lori syabas kat bawah -..-"
Mesti korang tak faham kan ?
*Mesti lahh -,-' *


Korang tau kan eyra study mana sekarang .
Kolej Poly-Tech Mara ,Kuala Lumpur



Jangan salah faham . Kolej dia okayy what .
Apa yang eyra tak puas hati nie adalah asrama yang dia bagi !

Dulu time mula-mula nak masuk dulu
kemain manis lagi 'budi bicara' ,macam-macam janji ditaburkan .
Sekarang ? Hampeeehhh~ Apa pun tarak !

Korang tau kemudahan asas macam air tuu boleh
selalu tak ada kat sini !
Kitaorang student weyhh ,nak kena pergi class .
Sebelum pergi class nak kena mandi dulu .
Kangg tak mandi ,tak ada mood nak focus .
Kalau tak datang class langsung kangg lagi satu hal kan .

Sabar jelaa aku -,-"
Memang lahh ,apa orang kata .
" Nak seribu daya ,tak nak seribu dalih "
Tapi fikir lah balik ,kitaorang duduk asrama
bukan free-free je . Bayar beb ,kitaorang bayar .
Tak patut lah macam nie kan .

Kalau sekali dua berlaku boleh dimaaf
dan difahamkan lagi .
Ini dah selalu ! Kerap pulak tuu .
Macam mana ? Lagi-lagi dengan masalah perempuan
yang tengah datang bulan tuu . Susah weyhh .

Nie tadi tengah syok-syok study untuk midterm esok .
Dengar kecoh-kecoh kat bawah .
Bila tengooookkk dari berandah tuu .
Haaaaahh kaauu !


Macam pendatang asing dahh !
Berebut ambil air dari lori syabas .
Emm dah tahu tuu ,eyra dengan housemate eyra pun
bergegaslah turun dengan botol
airnya ,dengan baldi mandinya turun bawah ambil air .

Baru-baru nie dengar cerita .
Kitaorang yang semester 1 nie kena keluar
cari rumah sewa kat luar . Kenapa ?
Sebab senior nak masuk dahh .
Wahh senang kau cakap kan . Apa cerita kontrak
asrama yang kata semester 1 akan menetap kat sini sampai semester 2 tuu ?
Kemon laaahhh .

Tengah-tengah struggling pasal Midterm nie
laa macam-macam hal nak jadi .
Dengan air tak ada . Satu hal lagi nak kena cari rumah sewa .
Haaiihhh ,payah lahh .

Okayy lah . Nak rehat nie .
Penat mengangkut baldi air sampai tingkat 4 tadi .
Rasa macam nak patah tulang belakang .
Masya-Allah beratnya baldi tuu tadi -,-"

zZzZZzzZzzZ ....

P/s : Ada kebaikan nya jugak jadi macam nie .
Kita belajar rasa susah .
Sebelum nie semua mama dengan ayah yang uruskan kan .
* Think positive *