Tuesday, 27 August 2013

The Conjuring



Assalamualaikum semua .
Amacam hari korang ?
Hari eyra teruk weyhhhh -..-

Setelah hampir sebulan tak jumpa buah hati pengarang jantung ,
akhirnya dapat juga bersua muka tadi .
Terlepas sikit rindu dihati . Sikit je ! Tak cukup :'p
HAHAHA .
Kitaorang tengok movie tadi kat Times Square
Cerita hantu . Cerita nie memang eyra minta nak tengok pun
sebelum dikeluarkan lagi sbb tengok iklan dia
macam gempak je kan .
Baru hari nie dapat tengok .



Movie nie berdasarkan kisah benar .
Sumpah menyeramkan weyhhh !
Scene-scene dia memang gempak lahh .
Tak ada yang tak menakutkan .
Takut dia tuu pulak bukan takut-takut biasa -,-"

Tengok pun macam hidup segan mati tak mau je .
HAHAHAHA .
Tinjau-tinjau ikut celah jari je kan .



Elehh ~
Korang pun mesti dua kali lima jugaaaaakkkk :p
Laki eyra lagi lahh -,-"
Mengalahkan eyra takutnya . Sengal betul .

Cerita nie mengisahkan sebuah family yang baru berpindah
ke kawasan pendalaman . Kira macam kampung yang memang kampung lahh kan .
Ada 5 beradik . Perempuan je semuanya .
Diaorang ada satu permainan yang diberi nama
" Hide and clap "
Eyra tak tau kenapa . Permainan tuu memang menakutkan .
* Aku tak tau lahh mana diaorang
dapat idea nak main macam tuu *

Rumah tuu ,orang melayu cakap apa ? Berpuaka ?
Haahh ! tempat tuu kira macam dahh dikunci lahh
oleh pemilik asal . Ada satu kes ,mak dia bunuh anak dia sendiri .
Lepas tuu gantung kan diri kat pokok besar
depan rumah diaorang .



Macam macam kejadian pelik berlaku sejak diaorang pindah situ .
Anjing diaorang tak nak masuk rumah .
Ada bau bau anih dalam rumah .
Ada burung langgar rumah tuu sampai terkulai leher .
Ada salah seorang anak dia berjalan waktu tidur ,
lepas tuu hantuk-hantuk kepala kat almari yang
memang dah ada kat rumah tuu .
Dan yang paling gempak sekali ,
masa salah seorang anak dia yang lain
( selain yang berjalan waktu tidur tuu )
kena tarik kaki waktu tengah tidur .
Mula mula dia ingad kakak dia yang bergurau dgn dia .
Herhh .

Anak bongsu dia kecik lagi .
Haihh biasa lahh budak kecik ,ada 'kawan' yang kita tak nampak .
Budak tuu pun menakutkan jugak tuu -..-

Ada part yang memang eyra terkejut gila-gila punya .
Bukan beruk lagi dahh -..-"

Part yang kakak dia nak pergi check almari tuu
sbb dengar ada orang clap dari dalam .
Punya lahh suspend sebab memang kita akan
sangka 'benda' tuu dalam almari .
Tapi sebenarnya tidak !
'Dia' kat atas almari .
Menjerit kakak dia tuu dengan aku-aku sekali -,-"



Laki eyra tak payah cerita lahh kan .
Dia kalau boleh nak duduk terus bawah kerusi dalam wayang tuu .
Itu pun kalau dia berani . HAHAHAHA .

Haihh ,kesian kat mak dgn ayah diaorang lahh .
Mak dia kena rasuk untuk bunuh anak sendiri .
Padahal dia tak sanggup . Sedih weyhh .
Eyra menangis kodd part tuu .

Ayah dia pun eyra kesian jugak .
Yelahh ,terpaksa hadapi semua nie .
Ayah dia tak kena kacau ! Yang perempuan-perempuan
nie yang kena kacau .
Ayah dia nampak relax je ,tapi korang tak tau apa yang dia hadapi .
Sampai part yang bini dia kena rasuk gila-gila tuu
baru nampak air mata dia . Tuu pun dia
macam nak cover lagi tau . Haha ,so father :')

Ada couple yang memang tukang menghalau-halau
hantu nie tolong diaorang . Laki dia handsome bhaii ! :p



* But still ,tak boleh kalahkan handsomenya laki aku :p Ehh *
Bini dia pulak memang berani ! Me-mang berani .
Berani berdepan hantu tuu .
Berani ambil risiko .
Tabik lahh ! Kalau eyra ,uishhh !
Jauh sekali .

Ehh okay lahh . Kalau eyra cerita semua
memang orang tak tengok lahh cerita tuu kat wayang kan :p
HAHAHA . Bagi siapa yang dah tengok tuu ,
Eyra faham rasa takut korang -,-"

Jom! Kita main hide and clap :p
HAHAHAHA ! Korang yang cari .
Biar eyra menyorok .

Ouhh btw ! I Love You Farazi .
Thanks for today .

P/s : Ada part happy .
Ada part takut .
Ada part sedih .
Ada part kelakar jugak tau ;)
Lengkap !

Part kelakar dia yang polis tuu ! :p
Polis mana ?
Nak tau ,tengok sendiri .
Lalalalala~ HAHA .

Bye :)