Sunday, 22 September 2013

FriendshipNeverEnd !


Hai semua :)
Buat apa tuu ?
Hihihi .

Eyra tengah selongkar balik gambar gambar lama yang ada dalam
lappy nie . Rindu sahabat-sahabat sekolah dulu .
Rindu gilla :'/ Lama dah tak jumpa diorang
semenjak masuk kolej nie .
Masing masing dahh busy dengan life kolej .

Ini mereka ^^
Masa nie celebration birthday Eyra .
Rasanya ini lahh last day kitaorang ber-happy
sama sama .


Nadia Emiza Azmi (Eiya)
Bestie Eyra sejak kecil lagi .
Masa Eyra umur 4 ke 5 tahun .
Mama dia lahh yang jaga Eyra .
Eyra rapat dengan dia .
Dia jaga Eyra macam Eyra adek dia sendiri .
Walhal ,Eyra lagi tua dari dia .
Tua bulan . HAHAHA .
Apa yang kitaorang buat ,semua sama sama .
Kitaorang terpisah sejak Eyra pindah rumah .
Hubungan kitaorang tergantung macam tuu je .
Tapi Allah punya cerita memang hebat .
Masa darjah 5 kitaorang jumpa balik :')
Satu sekolah . Dia ingat Eyra .
Eyra je yang ingat ingat lupa dkad dia masa tuu .
Perjumpaan semula kami tuu lahh ,
yang ubah keseluruhan hidup Eyra .
Dia bawak Eyra jumpa kawan-kawan yang lain :')


Nur Shafiqah Deris (Eka)
Dia kurus tinggi .
Kitaorang berkawan sejak darjah 5 .
Eka nie kawan baik Eiya .
So kitaorang kenal melalui Eiya lahh dulu .
Perwatakkan dia lembut .
Tapi bila sampai gilla dia ,tak yah cakap lahh kan .
HAHAHA .


Ini Shafikah Roslan (Ika)
Dia macam adek kami semua .
Rapat dengan Eyra ^^
Kitaorang pun kenal start darjah 5 jugak .
Pun kawan baik Eiya .
Kitaorang sama class sejak darjah 6
sehingga lah form 3 .
Berkepit je kami ^^
Orang pernah cakap kitaorang kembar lahh .
HAHAHA . Kembar pun tak berkepit selalu macam kami .

Tapi start form 4 class kitaorang terpisah .
Mula-mula nak jalani life tanpa dia dalam class
memang susah weyhh ! Tak biasa .
Lama lama okayy lahh .
Walaupun tak sama class dahh . Kami masih berkepit jugak .
Cuma Eyra lebih berkepit dengan Eiya and Eka Deris tadi lahh ,
sbb kami satu class masa form 4 tuu ^^


Ini BieBie Eyra ^^
Ahmad Farazi Musa (Ajie)
He's one of my bestie jugak .
Huhu ^^
Kami berkawan rapat masa form 4 dulu sbb
kami sekelas jugak dengan Eiya and Eka Deris .

Masa form 1 dulu pun kami satu class jugak .
HAHA . Masa tuu tak amik port sangat .
Kenal kenal macam tuu je . Dia ketua class masa form 1 tuu .

Form 2 ,form 3 kitaorang terpisah .
Dia pandai . Class dia kat langit .
Eyra kurang pandai . So class Eyra bawah tanah .
HAHAHAHA .

Masa form 4 ,form 5 kitaorang jumpa balik ,
'atas tanah' ;)
Masa mula mula nampak macam kenal ,
tapi ingat ingat lupa . Rupa dah berubah .
Dulu selebet macam kanak kanak .
Form 4 dahh nampak matang sikit dahh .

Setahun amik masa nak ngorat Eyra .
HEHEHEHE :p
Eyra jual mahal .
Memilih !
Tak nak couple dengan kawan sendiri konon nya .
Lama-lama jatuh hati jugak dengan sikap
macho dan tak putus asa dia tuu ;)
20th Jan 2012 .
Terdetik hati nak bagi peluang .
Okaayy kita try .
Terima dia sebagai teman hati .
Hidup dengan dia memang dah terbiasa sbb kami
rapat masa form 4 dulu . Memang selalu menggila sama-sama pun .

Bila 2 dunia dah sebati ,
Tak ada apa yang dapat pisahkan kita .
* Cewaahh ! Ayat :p *

 Nizam Razak (Nizam)
Satu class jugak masa form 4 ,form 5 ^^

Masa form 4 dulu Eyra panggil dia papa .
Dia panggil Eyra mama .
Kalau orang tak tau apa hubungan kami masa tuu ,
dorang mesti sangka yang kitaorang couple .
Tapi tidak ! Dia hanya kawan baik sahaja :)

Panggilan berubah bila Eyra dah 'pakai cincin' .
Nizam dengan Eyra pun rapat jugak masa form 4 dulu .
Seronok jugak gila-gila dengan dia .
Dia memang spotting .
Sumpah rindu dorang semua weyhh ! :'(
Rindu nak lepak-lepak ,borak-borak sama sama .
Rayau-rayau ,gila-gila .
Huuuaarrgghh !!
Cepat sangat masa berlalu .


Ini masa birthday Eiya .
Mandi tepung kitaorang . HEHEHE .
Bahagiaaaa weyhh :p

Ouhh ye! Yang tembam-tembam tuu ,
Wafiyy Arshad nama dia .
Satu class jugak dengan kami masa form 4 ,form 5 .
Dia boyfie Ika Roslan tuu tau .
Bukan nak bangga ke apa lahh .
Tapi Eyra yang satukan dorang !
* Angkat-angkat kening :p *
HUHUHU .
Wafiyy tuu pun boleh tahan jugak sakai dia .
* Oppss! Sorry Wafiyy *

Masa form 5 dulu ,berapa kali xcidet !
Haihh ,tak paham aku kalau lelaki bawak moto nie kan .
Ahh ! Tak payah nak lelaki sangat lahh kan .
Ika Roslan tuu pun pelesit jugak kalau bawak moto -,-"
Kena lahh dorang tuu . Sepadan .

Sekarang masing masing semua dah sambung belajar .
Eiya dkad yayasan Melaka .
Ika Roslan dkad KUIS .
Wafiyy dkad Kptm Kelantan .
Eka Deris belum sambung belajar lagi ,
sbb dia kena pergi PLKN .
BieBie Eyra dengan Nizam pun tak sambung belajar lagi ,
Mereka kerja cari duit dulu .

Macam mana pun diorang sekarang .
Rindu ke tak rindu dkad Eyra .
Ingad ke lupa dkad Eyra .
Eyra nak sangat diorang tau yang Eyra dkad sini terasa sangat
kehilangan dorang .
Jujur dari hati ,sini bukan hidup untuk Eyra .
Kehidupan zaman sekolah dengan zaman kolej
sangat jauh berbeza .
Disana Eyra dijaga oleh mereka semua .
Disini Eyra sendirian .
Bukan tak boleh hidup sendiri ,
cuma terasa kehilangan :'/
Harap korang rindu kan Eyra jugak Buddyz .
LoveYou All !

Some of our Memories .

MissYou :'/
Ada masa kita jumpa .
Lepak-lepak ,gelak-gelak ,gila-gila sama sama
lagi eyhh .
Hubungan kita tak kan berakhir kawan ;)