Friday, 6 September 2013

Gadget Impian


Assalamualaikum korang .
Amacam video assignment eyra tuu ?
Dah tengok belum ?
Tahh apa apa kan -,-"
Huhh ,lupakan pasal tuu .
 Kali nie nak cerita pasal gadget impian pulak .

Semua orang ada impian ,tak kesah lah apa pun .
Well ,baru-baru nie hati eyra terdetik nak kan gadget-gadget tertentu .
Tapi biasalahh ,duit yang jadi masalah .
Bila duit dah jadi masalah . Gadget yang eyra nak tuu
jadi impian lahh kan . Mimpi semata mata .
But heyy!
If you can dream it ,you can have it right ? ;)
Nak seribu daya ,tak nak seribu apa ??
*Haaaa. .pandai pun :p *
HAHA .
so ,
Gadget-gadget yang eyra nak!


1. Laptop
Samsung ATIV Book Lite 9
As a student ,laptop is keperluan .
Means ,memang kena ada . Kalau tak ada susah lah weyhh .
Kita nak kena buat assignment . Nak kena
search itu ,search ini . Save itu ,save ini .
 Why samsung ATIV Book 9 yang jadi pilihan hati eyra ?
Dah memang lumrah manusia ,
dari mata turun ke hati :)
Kali pertama eyra jatuh cinta dgn laptop samsung ATIV nie
masa eyra ternampak advertisement pasal dia .
Uishh! Bukan nak sembang lahh kan .
Jantung eyra waktu tuu
*dupp dapp dupp dapp dupp dapp!*
Kencang weyhhhh !!! :D HAHAHA .
Tengok pulak warna putih .
Perghh!! Macam mat salleh beb!
Melting je gua . HAHAHA .
Tengok pulak kebolehan-kebolehan yang dia ada .
Perfect lahh ;)
Besar ? Tak sesuai untuk student ?
siapa cakap weyhhh !!
Lagi besar ,lagi puas hati .
Lagi terang ,lagi bersuluh .

Tapi masalah tetap masalah .
DUIT!
Mana aku nak cekau duit untuk beli
"mat salleh" nie ! -,-
*Melepas aku*


2. Tablet
Samsung tablet 10.1
Okayy kalau korang cakap laptop besar tak
boleh bawak ke mana-mana .
Hal itu eyra setuju . Tablet nie tak terlalu
penting pun dalam senarai eyra .
Kalau tak dapat ,tak apa .
Nak buat macam mana kan .
Tapi kalau dapat ,Alhamdulillah .

Samsung lagi ??
Ha'ahh ye ,eyra memang peminat setia jenama samsung nie -..-
Mula-mula eyra tak berapa berkenan pun
dengan tablet-tablet nie .
But one day tuu ,eyra pergi teman laki eyra
pergi LowYat . Nak tengok hot stuff-hot stuff
nie lahh kan sbb dia pun peminat gadget jugak .
Alaaahh biasa lahh lelaki .

Masuk kedai samsung . Usik itu usik ini .
Ehh ? Terberhenti lama pulak kat Samsung Tablet 10.1 nie -,-
Seronok pulak sentuh benda nie .
Yang laki eyra pun mengajar ! Yang ini macam nie .
Yang itu untuk nie .
*Aku jadi minat lahh kan*
Ada simpan tekad nak beli nie suatu ketika dahulu .
Herhh ,da-hu-lu . Dah jadi sejarah punn -..-"


3. Camera
Samsung Galaxy Camera


Gua tak tipu . Tapi benda nie memang gempak beb!
Perfect! *Aku tak kira ,aku nak jugak!*
Kena lahh dengan aku yang kaki bergambar nie .
Pantang nampak camera !
Tak kira lah camera siapa pun . Memang eyra balun .
Mintak maaf mintak ampun laa ye
kepada sesiapa yang tengah bergambar tuu tetiba
eyra menyelit sekali -..- HAHAHA 

Camera nie memang hebat .
Korang pernah tengok apa kebolehan dia ? 
Macam-macam weyhh .

P/s : Tak tau nak cakap macam mana sebenarnya -,-"
*Layan jelahh korang eyhh aku
punya melalut nie*

4. SmartPhone
Lenovo K900



Eyra dapat tau pasal phone nie dari abang sedara eyra .
Memang mula-mula tengok dah tertawan dah .
Dalam banyak-banyak gadget impian nie ,
Phone nie paling eyra kejar dulu . Tak tahu lah kenapa .
Eyra suka . Besar . Nipis . Smart .
Pokoknya! Eyra pasti akan beli .
*Nampak tak semangatnya di situ :p*

Mesti korang pelik kan .
Kata peminat setia samsung .
Laptop nak samsung .
Tablet nak samsung .
Camera nak samsung .
Asal bila time phone je tetiba nak Lenovo pulak kan .
*Ehh suka hati aku lahh -..-*

HAHAHA .
Siapa pulak yang cakap eyra tak suka
phone samsung ?
Peminat setia nie weyhh ! SE-TI-YA!
Tak faham ? Confirm lah eyra minat .
Cuma ada satu peristiwa yang berlaku
dalam hidup eyra yang membuatkan eyra
tekad tak nak beli phone samsung nie .

Beb ,gua minat samsung galaxy S3 lu taauu ?
Dari awal kemunculan dia lagi .
Eyra selalu bercerita kat laki eyra
angan-angan eyra nak beli phone nie .

Kau tau ! Tiba satu masa nie ,
Laki eyra mcj tanya pendapat eyra warna
apa yang cantik untuk S3 yang dia nak beli nie ! -..-
Kalau korang perhati eyra betul-betul waktu baca mcj tuu
korang mesti nampak punya asap bengang
yang keluar dari hidung dan telinga eyra .
Profesional nya eyra ,eyra tak lepas rasa bengang tuu kat dia tau .
Hebat tak ? Haaaa .
Eyra siap jawab dengan penuh kasih sayang lagi warna apa
impian eyra untuk phone tuu korang taauu !
* Sabar jelah aku waktu tuu Ya Allah *

Malam tuu ,dia mcj eyra dengan penuh rasa bahagia tau .
Kita boleh dapat rasa bahagia dia tuu .
Cewaahh! Yang eyra pun buat-buat tanya lahh kan
"Bahagia semacam je nie ,kenapa ?"
Nak tau dia jawab apa ????!!
"Bini baru~"
Puiihhh !!! Lagi berdendam lah aku dengan phone tuu .
"Sekali kau gelar dia bini baru kau ,
selamanya dia jadi pesaing aku !"

Korang tau ,memang nampak lah
dia punya melayan phone tuu .
Selalu kalau keluar dgn eyra phone Blackberry lama dia
tuu tak pernah keluar dari poket tau .
Sekarang nie TAK! ,gua cakap kat lu brader !!
24/7 melekat kat tapak tangan dia tuu .
Bercakap dengan eyra pun ,mata kat 'bini baru' dia tuu .
*Perghh! Panas hati aku*

Ya Allah ,eyra bersabar je dengan dugaan nie .
Kalau di ikutkan perasaan ,eyra rampas si 'perampas' tuu
campak kan dia bagi hancur!
*Kau tengok 'drama perempuan' macam mana -..- *

Marah nya eyra dengan phone tuu ,
eyra tak pernah pegang pun .
Ada lah sentuh- sentuh sikit kalau dia suruh-suruh tuu kan ,
nak jaga perasaan dia . Tapi nak kata ,
pegang beria ia sangat tuu sumpah tak pernah .
Nak check-check ,main-main mcm dgn phone BB dia tuu dulu
TIDAK! Sorry S3 . I hate you :/

Apa ? Korang nak cakap apa ?
Eyra childish ? Unmatured ?
Yes I am! so what ?!

Eyra tak pernah tunjuk rasa benci eyra kat S3 dia tuu
depan dia . Tidak ,eyra pendam sahaja rasa tuu .
Ye ,bukan salah dia pun . Dah rezeki dia kan .
Nak buat macam mana . Cuma tuu laa ,
ada sesetengah perkara antara kami yang automatik
terubah sejak ada S3 tuu . So I dont like it .
Haaaaiihhh -,-"
Tengookk!! Dah terpesong jauh dahh .
Okayy lahh kalian :)
Share lah dengan eyra pulak korang
punya gadget impian .
Nak share peristiwa pun boleh jugak -..-
HAHAHA .
Peace koraaaanngg !! :D
Bye . Assalamualaikum .